Salam buat semua pembaca,
Seminggu yang lepas, saya terima satu call dari sahabat lama, Lan(kami sama-sama mengajar di Sek. Sukan Bukit Jalil sekitar 1998-2000). Saya gembira dengan call itu kerana sudah lama tidak mendengar khabar berita. Dalam ketawanya ada khabar pilu... Saya terdiam seketika bila mendengar kisah anak kesayangannya menghidapi kanser tulang pada stage yang kritikal. beliau meminta saya mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Satu doa khusus buat adik Mimi saya hadiahkan untuk tatapan pembaca semua... semoga kita sama-sama membaca doa di bawah ini sebagai tanda sokongan kita kepada adik mimi serta keluarganya:
دعاء سلامة بوات اديق ميمي فريحة
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ سَيِّدِناَ مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.اَللَّهُمَّ إِناَّ نَسْتَحْفِظُكَ وَنَسْتَوْدِعُكَ اَدْيَانَناَ وَإِيْمَانَنَا وَأَنْفُسَناَ وَأَمْوَالَنَا وَأَهْلَنَا وَاَوْلاَدَناَ وَكُلَّ شَيْءٍ اَعْطَيْتَناَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْناَ وَإِياَّهُمْ ِفي كَنَفِكَ وَاَمَانِكَ وَجِوَارِكَ وَعِيَاذِكَ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ مَرِيْدٍ وَجَبَّارٍ عَنِيْدٍ وَذٍيْ عَيْنٍ وَذِيْ بَغْيٍ وَشَرِّ مِنْ كُلِّ ذِيْ شَرٍّ. إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.
اَللَّهُمَّ جَمِّلْناَ بِالْعَافِيَةِ وَالسَّلاَمَةِ خُصُوصًا لِمِيْمِيْ فَرِيْحَةِ بِنْتِ رُوزْلَنْ (3 كالي). وَحَقِّقْنَا بِالتَّقْوَى وَاْلإِسْتِقَامَةِ وَاَعِدْنَا مِنْ مُوْجِبَاتِ النَّدَامَةِ فِي الْحَالِ وَالْمَأَلِ.إِنَّكَ سَمِيْعُ الدُّعَاءَ. وَاغْفِرْلَناَ وَارْحَمْناَ وَوَالِدِيْنَا وَاِخْوَاننِاَ وَاَحْبَابَناَ فِيْكَ َولِمَنْ اَحَبَّناَ وَلِمَنْ اَحْسَنَ اِلَيْنَا وَلِمَنْ كَانَ حَقَّ عَلَيْناَ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.
وَصَلَّ اللَّهُمَّ بِجَمَالِكَ عََلَى رَسُولِكَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.وَارْزُقْنَا كَمَالَ المُتَابَعَةِ لَهُ ظَاهِرًا وَبَاطِناً فِي سَلاَمَةٍ وَعَافِيَةٍ بِرَحْمَتِكَ ياَ اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
Maksudnya:
Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir seluruh alam. Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekelian. Ya Alah Ya Tuhan kami! Bahawa sesungguhnya kami memohon pemelihaaan dan penjagaan-Mu akan agama kami,harta benda kami, ahli-ahli kami,anak-anak kami dan segala sesuatu yang dikau telah kurniakan kepada kami, Ya Allah Ya Tuhan Kami! Jadikanlah kami dan juga segala yang telah kami sebutkan tadi di dalam jagaan-Mu, keamanan-Mu, jiran-Mu dan juga lindungan-Mu daripada syaitan yang derhaka lagi degil dan juga lindungan daripada bencana 'Ain (pandangan yang merbahaya). Lindungilah daripada kezaliman dan kejahatan tiap-tiap yang mempunyai kejahatan, bahawasanya Engkau Maha berkuasa mengatasi segala sesuatu.
Ya Allah Ya Tuhan Kami! Serikan wajah kami dengan kesihatan dan keselamatan
( Khusus kami tujukan buat Mimi Fariha bt. Rozelan), teguhkan hati kami dengan melakukan ketaqwaan dan istiqamah, dan lindungi kami daripada segala punca yang membawa kepada kekesalan pada waktu sekarang dan akan datang. Sesunguhnya Engkau (Ya Allah) Maha mendengar segala permohonan. Ampuni dosa kami, Ya Allah, Rahmatilahkami dan kedua ibu bapa kami, saudara mara kami, orang yang kami sayangi, orang yang menyayangi kami kerana Mu, orang yang berbuat baik kepada kami, setiap orang yang ada hak atas kami dan sekelian muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat. Mohon limpah rahmat-Mu jua ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat, cucurilah rahmat dan sejahtera kepada Rasul Mu penghulu kami Junjungan kami Nabi Muhammad sallallahu 'alai wasallam dan keluarga serta para sahabat sekelian. Kurniakan kami agar sentiasa patuh mengikuti Rasul sebaik-baiknya samada zahir maupun batin dalam keadaan selamat. Mohon limpah kurnia-Mu jua ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik mengurniakan rahmat. Segala puji bagi Allah yang Mentadbir seluruh alam.
About Me
- Ust Hj. Abu Hisham b. Yusof al-besuty
- Tmn Puncak Jalil, Bandar Putra Permai
- Anak kelahiran Besut. Berkelulusan Universiti al-Azhar al-Syarif dalam bidang Dirosat Islamiyyah wal Arabiyyah. Berkhidmat sebagai seorang da'ie dan jurutera manusia.
Muatiara Kata
"Agama buat kehidupan di Akhirat, Harta buat kehidupan di Dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah, TETAPI orang yang tidak beragama akan merasa lebih sengsara." - Saidina Abu Bakar As-Sidiq
Categories
Blog Archive
Monday, February 2, 2009
Doa buat Adik Mimi Fariha
Posted by Ust Hj. Abu Hisham b. Yusof al-besuty at 8:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
dia adik kawan sekelas saya..
semoga adiknya sentiasa di dlm rahmat Allah..
Moga Adik Mimi Fariha tabah mengharungi hari2 mendatang.Kuatkan hati dengan keteguhan Iman mohon agar Allah ringankan penderitaan.May Allah Bless u. Akak iringi dengan doa2 moga diringankan beban...
Tke Care k..
IkHlas : Kak Nad (Png)
salam utk semua..
sy wani. kakak kpda mimi. x terucap dgn kata2. tharu yg amat sgt. terutama kpd pmilik blog. terima kasih bnyk2 ustaz. abah smpaikn slam pd ustaz. terima kasih juga pda kwn2 yg view blog ni terutama pd yg sedekahkan doa utk mimi. mudah2han ada d antara doa kita dimakbulkan.. wani ada cerita ttg blog ni pd mimi. dan dia smpaikn slm buat semua.. akhir kata, salam syg dr kmi sekeluarga..
salam.. moga dgn izin Allah mimi dapat kembali bersama bergembira bersama keluarga... adi ganu..
salam..
ameen...
moga allah merahmati mimi..
speechless bila pertama kali tahu mimi sakit..
neway, wani my friend...moga kamu sekeluarga tabah dgn ujian Allah...
moga mimi gembira selalu..
Allah itu maha mendengar.Sentiasa yakin pada-NYA.
salam tuk semua...
harap adik mimi akan cepat sembuh dri penyakitnya..
dah lama dia menderita dgn penyakit tue..
sy pon slh seorg kwn wani kakak pd mimi dan sy selalu mndgr batapa adik nya menderita dgn penyakit itu..
semoga dgn doa ini dpt mengurangkn deritanya..
sama2 lah kita berdoa...
amin..
Post a Comment