Friday, December 12, 2008

Sebalik Sambutan Tahun Baru

TAHUN BARU MASIHI VS TAHUN BARU HIJRAH


Setiap kali menjelang 31 Disember, seluruh masyarakat dunia merayakan Sambutan Tahun Baru dengan meriah dan bangganya menuggu detik 12 malam yang menunjukkan bermulanya tahun baru. Berbagai-bagai acara diadakan seperti majlis nyanyian, tarian kebudayaan dan pertunjukan bunga api (membazir). Malah sehingga dinihari masih ramai dikalangan muda-mudi yang memenuhi tempat-tempat sambutan seperti di Dataran Merdeka, KLCC, Bukit Bintang dan Bangsar. Mereka berseronok sakan sehingga ada yang melanggar batasan agama dengan bercampur antar lelaki dan perempuan tanpa batasan, minum 'air kencing syaitan' dan lain-lain lagi. Beginilah keadaan sambutan setiap tahun. Apakah mereka tidak ingat kepada amaran Allah sekiranya kita melakukan maksiat secara tekal, nanti azab Allah akan datang secara tiba-tiba. Firman Allah yang bermaksud :

96. dan (Tuhan berfirman lagi): sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) Yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. tetapi mereka mendustakan (Rasul kami), lalu Kami timpakan mereka Dengan azab seksa disebabkan apa Yang mereka telah usahakan.
97. Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari, semasa mereka sedang tidur?
98. atau Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada siang hari, semasa mereka sedang leka bermain-main?
99. Patutkah mereka (bersukaria) sehingga mereka merasa aman akan rancangan buruk (balasan azab) Yang diatur oleh Allah? kerana sebenarnya tidak ada Yang merasa aman dari rancangan buruk (balasan azab) Yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang Yang rugi.
(Surah al-A'raf 96-99)

Malang sekali sekiranya kita yang mengaku diri sebagai muslim, masih meraikan Sambutan Tahun Baru Masihi. Rata-rata umat Islam buta sejarah tentang perbezaan antara Sambutan Tahun Baru Masihi dengan Sambutan Tahun Baru Hijrah (Islam).
Tahun Baru Masihi adalah mengikut perkiraan kalendar Masihi yang mempunyai 12 bulan dan dikira mengikut peredaran matahari, maka sebab itu satu bulan bersamaan dengan 30 atau 31 hari.
Dari sudut sejarahnya pula, Tahun Baru Masihi disambut kerana mengenangkan peristiwa kematian Issac yang disalib (menurut sangkaan orang Kristien). Kalau kita perhatikan dalam penulisan berkaitan dengan sebelum masihi dan selepas masihi, kita dapati sebelum masihi ditulis B.C (Before Chris) dan selepas masihi ditulis A.D (After Death). Jadi mereka berhibur adalah semata-mata untuk menghilangkan kedukaan mereka atas kematian Isa. Apa kaitan dengan kita umat Islam? Tiada apa-apa perkaitan, malah kerana mengikut dengan membuta tuli (taqlid), akhirnya sambutan ini menjadi sebahagian dari acara tahunan di negara kita.
Sambutan Tahun Baru Islam pula mengikut perkiraan kalendar Hijrah juga mempunyai 12 bulan tetapi dikira mengikut peredaran bulan. Maka sebab itu satu bulan dalam Islam bersamaan dengan 29 atau 30 hari.
Kalendar Islam diperkenalkan pada zaman Saidina Umar al-Khattab sewaktu beliau menjadi khalifah Islam yang kedua. Beliau memilih peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah sebagai permulaan 1 Muharram. Ini bertujuan supaya umat Islam sentiasa mengenangkan pengorbanan Rasulullah s.a.w dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.
Tapi di Malaysia, sambutan Maal Hijrah disambut secara sederhana sahaja kalau hendak dibandingkan dengan kemeriahan sambutan Tahun Baru Masihi. Alangkah bagusnya sekiranya Sambutan Maal Hijrah disambut dengan menanamkan semangat kekentalan jihad dan pengorbanan Rasulullah s.a.w dan para sahabat radiallahu anhum.
Apabila sampai penghujung tahun biasanya orang akan bercakap tentang keazaman pada tahun baru. Kebanyakan umat Islam, khususnya di Malaysia menyatakan keazaman mereka untuk memperolehi kenikmatan dunia semata-mata seperti tukar kereta baru, beli rumah, bekerja lebih kuat untuk tambah pendapatan dan tambah bini! Inilah cara orang kita berfikir, terlalu remeh.
Sebagai muslim azam tahun baru mereka mestilah mempunyai kaitan dengan ketaqwaan dan akhirat seperti memperbanyakkan lagi amalan sunat; bersedekah, solat tahajjud, baca al-Quran(Kelas ngaji setiap malam Isnin dan Khamis jangan miss...) dan lain-lain lagi.
Akhirnya, timbanglah hakikat perayaan ini dengan penuh keinsafan dan jadikan diri kita sebagai seorang muslim yang faham tentang perbezaan dalam perlakuan antara Islam dan Kafir. Semoga Allah s.w.t mengkelaskan kita dalam golongan yang bertaqwa di Akhirat nanti. Amin....

Monday, June 30, 2008

Apa yang kau mahu?

Assalamualaikum..

Ana baru nak belajar menulis dalam blog. Selama ini pendekatan yang ana guna adalah dalam bentuk ceramah.. Nampaknya, zaman telah berubah dan ana perlu berubah cara dan bentuk penyampaian ana. Harap sahabat sekelian sudi menjadikan blog ini sebagai medan ilmu yang mendapat keberkatan insyaallah.

Dalam ceramah ana selama kurang lebih 10 tahun, pokok perbahasan semuanya berlegar tentang aqidah yang sohih,ibadah yang sempurna dan akhlak yang mulia. Sebagai muhasabah diri, ana selalu bertanya kepada diri apa yang kau mahu? Dahulu hidup bujang sekarang dah kahwin, dahulu tiada harta sekarang dah ada kerja, dulu susah sekarang senang... Apa yang kau mahu sebenarnya?

Ramai manusia keliru tentang keperluan dan matlamat. Semua yang dinyatakan di atas tadi (kahwin,anak dan kesenangan)merupakan keperluan hidup semata-mata,malah sebagai perhiasan diri sahaja. Dalam surah al-kahfi Allah menjelaskan bahawa harta dan anak pinak itu hanyalah (umpama) perhiasan hidup atas muka bumi ini. Habis tu, apa yang kau mahu?

Mereka yang sengsara bukan sahaja dari kalangan orang susah,tetapi orang kaya juga ada yang sengsara, malah ada yang sanggup membunuh diri seperti yang berlaku kepada model kazakhstan semalam. Rupa cantik, glamour tak payah cakaplah, kaya sudah tentu... tapi ambil tindakan yang melulu... apa yang kurang? Apa yang kau mahu?

Bertafakkurlah sejenak.... tanya hati apa yang kau mahu....? nanti jawab hati : Ingat Allah di mana sahaja kamu berada. Itu saja.

BASAHILAH LIDAH KITA DENGAN ZIKRULLAH. TIADA YANG LEBIH MENDAMAIKAN JIWA SELAIN ZIKRULLAH.

Wassalam....

Monday, June 16, 2008

Salam perkenalan...

Alhamdullilah... ana dpt menghasilkan blog ana sendiri sbg usaha utk mengembangkan ilmu Islam di Puncak Jalil.

Semoga tuan2 sekelian dpt bersabar dgn coretan2 ana yg ana akan kemaskinikan setiap waktu...

Wassalam.....

Hakcipta Terpelihara 2009. - Hassan Adli | Puncak Jalil Blogger Team