Assalamualaikum....
Surat khabar hari ini melaporkan Yahudi sudah berundur dari Gaza. Umat Islam bersyukur kepada Allah dengan pengunduran tersebut. Apalah maknanya pengunduran tentera Zionis setelah ribuan umat Islam Palestin dibunuh sewenang-wenangnya. Mereka sebenarnya tidak pernah rasa bersalah kerana membunuh orang Islam. Bahkan bangga melakukannya. Percayalah... Selepas pengunduran ini,umat Islam pun kembali reda mengutuk Israel. Beginilah nasib saudara kita di Palestin, ketika Zionis mengganas, mereka mendapat sokongan dalam bentuk kecaman dan boikot terhadap Israel. Lihat sahaja semasa umat Islam disembelih di Shabra dan Shatila sekitar 1983, serangan terhadap Lebanon dan bermacam kesulitan serta mehnah kepada Palestin,umat Islam seluruh dunia hanya mengecam dan mengecam dan mengecam... tapi tidak pernah mahu berubah dari kehidupan yang diredhai Yahudi kepada Kehidupan Islam yang sebenar. Selagi umat Islam masih meniru gaya hidup mereka selagi itulah mereka tidak pernah gerun dengan kita. Lantaran kita sebenarnya mati. Mati Iman, mati Ilmu, Mati Akhlak dan Mati Amal Islamiy. Rujuklah al-Quran dan al-sunnah (nanti dalam tulisan akan datang,saya akan ulas tentang sejarah yahudi insyaAllah), nescaya kita dapat melihat tembelang yahudi dalam memporak-perandakan umat Islam yang mulia.
About Me
- Ust Hj. Abu Hisham b. Yusof al-besuty
- Tmn Puncak Jalil, Bandar Putra Permai
- Anak kelahiran Besut. Berkelulusan Universiti al-Azhar al-Syarif dalam bidang Dirosat Islamiyyah wal Arabiyyah. Berkhidmat sebagai seorang da'ie dan jurutera manusia.
Muatiara Kata
"Agama buat kehidupan di Akhirat, Harta buat kehidupan di Dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah, TETAPI orang yang tidak beragama akan merasa lebih sengsara." - Saidina Abu Bakar As-Sidiq
Categories
Blog Archive
Sunday, January 18, 2009
Yahudi Tidak Kalah
Posted by Ust Hj. Abu Hisham b. Yusof al-besuty at 10:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment